Kamis, 13 Desember 2012

Pembiakan Tut Jambu Batu



Pembiakan boleh dijalankan sama ada melalui biji atau secara tampang. Kaedah pembiakan melalui biji tidak diminati kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Pembiakan secara tampang boleh dilakukan melalui kaedah keratan, tut atau cantuman. Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesaran yang cepat, kejayaan cantuman yang tinggi, tidak memerlukan kemahiran dan mudah dilaksanakan dengan peralatan
Pembiakan Secara Tut

Pucuk muda yang sehat dan segar bersaiz satu ke dua cm garis pusat dipilih. Kulit sekeliling batang pucuk selebar dua ke tiga cm dipotong dan ditanggalkan, disapu dengan ubat penggalak akar dan ditutup dengan tanah. Pembalutan dibuat dengan plastik politena dan kedua-dua bahagiannya diikat. Akar akan keluar dalam masa empat ke enam minggu. Bahagian bawah tut dipotong dan diubah ke dalam beg politena yang mengandungi tanah campuran (3:1:1) yang steril. Pokok tut sesuai diubah ke ladang dua ke tiga bulan kemudian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar