:
Jambu batu atau Nama botaninya Psidium guajava berpunca daripada perkataan Greek psidion bermakna buah pomegranate dan perkataan Sepanyol guayabe bermakna pokok jambu. Saudagar-saudagar Sepanyol memainkan peranan dalam penyebaran jambu batu ke merata negara di dunia. Pada tahun 1526, jambu batu dibawa masuk ke negara Filipina dan dari situ diperkembangkan ke negara-negara lain di Asia Tenggara, Asia Timur dan India.
Pada masa ini, pokok jambu batu ditanam di lebih daripada lima puluh buah negara di kawasan tropika dan sub-tropika, iaitu di antara garisan 35° Utara dan
Jambu batu tidaklah asing di negara ini kerana ia telah lama ditanam secara kecil-kecilan di halaman perkampungan dan di sekeliling rumah kediaman. Jenis lama yang ditanam buahnya bersaiz kecil mempunyai isi yang nipis dan berbiji. Penanaman secara komersil hanya bermula pada tahun 1978 dan 1979 dengan perkenalan jenis Kampucea, dan jenis-jenis lain seperti Klom Too Klao, Klom Sali dan jenis tidak berbiji. Jenis-jenis baru ini sesuai dimakan segar, mempunyai saiz buah yang besar, isi yang tebal dan rapuh serta kurang atau tidak berbiji.
Kebanyakan kebun jambu batu diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil dengan keluasan diantara satu ke lima hektar. Penanaman jambu batu dijalankan sama ada secara tunggal atau berselingan dengan pokok buah-buahan yang lain. Jenis-jenis yang ditanam merupakan jenis yang sesuai dimakan segar, terdiri dari jenis yang berbiji dan tanpa biji. Jenis yang tidak berbiji walaupun dijual dengan harga yang tinggi tetapi tidak banyak diusahakan kerana penghasilan yang rendah serta keperluan tahap pengurusan yang lebih tinggi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar